Friday 24 August 2012



HAPPY EID MUBARAK 2012 everyone!!!

Alhamdulillah,,today is the 6th day of aidilfitri,,tak terlambat lagi lah kan untuk aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN kat korang sume,,,
weeee~

raya ni busy sangat sebab assignment berlambak2,,terbaik ah~busy pun bukannya buat assignment pun tapi banyak buang masa menonton televisyen takpun menghadap facebook tuh,,ish ish ish,,,

raya tahun ni x de la meriah sgt sbb tahun ni merupakan tahun ke 2 beraya tanpa ayah disisi,,memang tak best sangat,,sebab setiap kali raya,,memang ayah lah yang akan masak rendang ayam,,rendang ayam ayah memang paling terbaik di alam semeste ni,,mak punya rendang pun tak dapat lawan arwah ayah punya rendang ayam,,

tahun ni pun beraya memang paling sederhana la kot setakat ni,,persiapan pun ala kadar jer,,tak semeriah tahun2 sebelum ni,,baju raya pun tak de,,huhuhu,,,
rendang ayam tahun ni pun jiran sebelah yang masakkan tapi mak ada la gak masak rendang daging pahang,,haa,,yang ni memang paling terbaik,,,terer gak mak masak rendang daging pahang walaupun mak ni orang perak,,hehehe

raya pertama tak de la ramai sangat yang datang,,just sedara sebelah mak je yang ada datang ziarah,,
raya ke dua pun sama gak,,
raya ke tiga baru dapat balik kg kat Felda Soeharto,,itu pun kejap jer,,mula2 ziarah kubur ayah,pastu gi umah nenek,,pastu balik,,

semalam baru jer dapat beraya kat rumah kawan baik aku,,kat umah Dyla,,wehuuu,,rumah dia je la yang aku dapat gi,,nasib gak dapat jumpa kawan2 yang lain,,seronok! dah lama x jumpa ,,x nampak muka dorang,,at least raya ni dapat jugak aku tahu perkembangan dorang even facebook ada,,tapi bila aku on9 jer ,,dorang lak off9,,begitulah sebaliknya,hahahaha,,

segak2 la dorang sume,,hehehe,,

sekarang kepala tengah berserabut sebab ASSIGNMENT TAK SIAP LAGI!!!ADUYYYYY!!!CEMANA NI!!!!!

mudah-mudahan Allah mempermudahkan segala urusan aku,,AMINNN~

okeyla korang ,,selamat hari raya,,





kemain lagi korang sume ni kan sekarang?hehehe

Saturday 4 August 2012

SAHABAT TU WUJUD KE?


Alhamdulillah,,,dapat jugak tangan nie nak menaip dan otak nie berfikir cerita apa yang nak diceritakan kat sini (apasal?sebelum nie ada apa2 yang tak kena ker ngan tangan aku ni??) jawapannyer,,for the last week,,tangan aku nie digunakan untuk menulis jawapan untuk test2 yang telah diadakan dan otak nie pulak digunakan untuk mengingat apa yang telah aku baca dan apa yang patut aku curahkan kat atas kertas jawapan nanti(x dela macam mencurahkan garam di laut,,hehehe,,,eh,,apa kene mengena lak ngan peribahasa tuh?? hahaha,,entahlah!)
ok!!stop being nonsense!!!
back to the point!!!

YELA2,,orang nak merapu merapik pun tak leh ker???ish,,sabar la,,,

ok,,seperti mana tajuk di atas,,SAHABAT TU WUJUD KE???

aku nak tanya korang la,,korang rasa sahabat tu wujud ke?? korang percaya tak yang sahabat tu wujud??

jika aku ditanyakan soalan seperti ini,,aku rasa soalan ni susah sangat utk dijawab,,ehehe
cam jawab soalan SPM jer aku rasa,,okay2,,bagi aku,,aku akan menjawab "YA,SAYA AGAK PERCAYA YANG SAHABAT TU WUJUD DAN SAYA PERCAYA SAHABAT TU ADA!!"

maybe bagi sesetengah bagi korang,,sahabat tu tak wujud,,mungkin disebabkan korang pernah ada sejarah berkaitan pasal benda2 camni,,,tapi jangan risau,,ALLAH kan sentiasa ada disisi kita,,

lupa lak nak tanya,,bagi korang la kan,,apa ISTILAH SEBENAR SAHABAT tu?? faham ker maksud sahabat tu??
jawapan korang maybe macam2 kan,,even,,aku sendiri pun kurang jelas maksud sahabat tu?(ekele,,apa susah,,gi la bukak kamus dewan ker,,google ker?) "eh,,ko ingat nak jawab exam ker apa nak hafal maksud sahabat tu??"
apa yang penting???
KERJAAAASAMAAA!!!!
eh,silap,,(maafkan saya ea),,yang penting kita kena betul2 memahami maksud sahabat tu,,aku ni pun sekarang masih lagi sedang belajar untuk memahami apa erti sahabat tu,,,lagi2 la duk dalam alam universiti nie,,,macam jenis PENGKHIANATAN dan KECURANGAN yang dapat kita lihat,,whoa!!!

aku dah melalui pelbagai jenis pengkhianatan sejak aku sekolah sampailah aku da menjejakkan kaki aku ke alam universiti nie,,(walaupun belum habis lagi 1 semester kat sini)
hmmm,,ni lah namanya kehidupan,,,
nak tak nak ,,kita harus tempuh jugak semua dugaan dan cabaran yang kita lalui,,

KENAPA AKU PERCAYA YANG SAHABAT TU WUJUD??
aku memang percaya sahabat tu wujud cuma bila aku da masuk universiti nie,,aku mulai meragui makna sahabat tu,,

daripada apa yang aku faham,,sahabat tu ialah seseorang yang sentiasa ada dan dekat dengan kita walau apa jua keadaan,,tak ke gitu?? dan makna sahabat tu sangat berbeza dengan kawan,,
seorang sahabat tu mestilah memahami kita,,,bila kita ada masalah ker,,dialah yang akan membantu kita,,tak kira apa jua bentuk pertolongan yang dia berikan,, bukan sekadar teman ketika kita suka dan gembira ajee,,
hmm,,,betul tak??

tapi,,persoalannya,,ada ker sahabat yang seperti ini??
ALHAMDULILLAH LAA,,masa zaman aku sekolah dulu sampai la sekarang, (macam dah dewasa jer tulis ayat cmni,hehehe) aku ada 2 orang sahabat yang betul2 memahami aku dan sentiasa ada ketika aku susah,, terima kasih kepada NUR ADILAH BINTI AHMAD ZAINUDIN dan juga NORSHAHIRAH BT NORAZMAN SHAH kerana sentiasa memahami aku dan sentisa memberi semangat kepada aku walaupun kita jauh,,jauh dimata,,tapi dekat dihati,,

aku nak kongsi beberapa hadis yang aku dah baca kat blog seseorang ni,,terima kasih ea,,ilmu perlu kita kongsikan

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)

“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)

“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” (Hadis riwayat Muslim)

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”



ni dyla





ni lak shira

TERIMA KASIH SAHABAT KU~ :)


tu je la kot yang aku nak ceritakan,,
wassalam~