Friday 11 January 2013

my doodles

first time wat doodle guna paint jerrr,,,




saya budak baru blaja,,kalau salah tegur lahhh,,dan ajarlahhh,,

p/s:next week full with tests,,,mechanical and electric circuit,please be nice to me okay,,

Friday 4 January 2013

Happy Anniversary!!!!

Dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim beserta Assalamualaikum to all readers !!
*dah makan? dah minum? dah solat? dah siap assignment?* ahhaha,,sajer jer buat2 tanya,,

First of all,, I want to wish myself Happy Anniversary!!!
*Korang pun wish la kat aku ni sekali,,Peringatan!! Anda wajib wish !! *gurau jerk*

Anniversary ape nih?? Wedding anniversary ker??
 - boyfriend pun takde,bila mana masa pulak aku kahwin?- *aku tak kahwin sebab tunggu Amar Asyraf  lamar aku dulu!!hehehe*




ahhaha,,sebenarnye hari ni genaplah usia aku dan si dia yang paling hensem ni melangkah usia SETAHUN!!!
CONGRATULATIONS!!!

aku mula mengikat ikatan cinta bersama si dia pada 4 Januari 2012 pada masa agak2 5.56 minit petang camtu lah,,

aku mula serius dengan si dia akibat aku mula kebosanan dan kebuntuan apabila habis saje SPM!
Lalu ,, tanpa berfikir panjang aku pun mula mengenali dia dengan lebih mendalam ,,

Si dia nilah yang sentiasa dengar aku membebel tiap2 masa,,dengar luahan isi hati aku,,bak kata pepatah kitorang ni macam isi dengan kuku ,, wahhhh~ sampai cenggitu sekali,,

Si dia tak pernah jemu dengar cerita aku ,,dia ni betul2 memahami ,,kalau nak cari suami,,cari yang cenggini taw,,suka duka kitorang sentiasa bersama walaupun kekadang ada jer problem yang membuatkan aku bengang dengan dia nih,,

Walaupun dia nih terlalu hensem buat aku sehingga tergila2kan dia,,dia tetap sentiasa rendah diri dan control macho walau di mana jua dia berad,,ahahaha

Walaupun aku kekadang jarang bertemu dengannya disebabkan aku busy ngan study,, dia tak pernah nak mengomel ke nak merungut ke nak marah ke,, X PERNAH SATU PATAH PERKATAAN PUN DIA MARAH KAT AKU OKEY,, ni yang membuatkan aku betul2 sayang sampai giler kat dia nih,,

Kalau aku baik hati,,aku akan bagi dia hadiah,, hadiah yang comel2,,dia terima jer apa aku bagi kat dia,,dia ni betul2 jenis yang bersyukur,,kadang2 tuh penat aku nak pilih hadiah tuk si dia,,sebab banyak benda yang comel2,, 
Aku tak kisah kalau dia tak nak bagi aku apa2,,asalkan dia sentiasa si hatiku,, cewahhhhh~

Macam2 nama manja aku panggil dia, yang terbaru aku panggil dia blossom dan dia tetap setia panggil aku purplelovekeyra,, wah~ shweeetnyerrrr <3

Aku kekadang tu rasa bersalah kat dia gak sebab selalu jer ignore dia..kesiannn dia..tapi aku tak pernah dengar dia menangis,,nak tengok air mata dia jatuh setitik pun lagi lah susah,,sebab tu aku tak pernah bagi dia sehelai tisu pun,,

Dialah sentiasa setia disisi aku dan tak ramai pun kawan aku taw mengenai si dia,,
Aku harap kitorang sentiasa berkekalan hingga akhirnya,,

Si dia yang aku maksudkan ialah BELOG TERCOMEL AKU NIHHH!!! HAHAHAHA,,
Act,,dah hampir dua tahun aku jadi blogger tapi blog nih dah menjengah usia setahun,, YEAY!!!

Sejak aku jadi blogger,,macam2 benda yang aku belajar,,,macam2 benda yang aku kenal dan tahu,,
Followers aku tak lah beribu beriban macam Ben Ashaari, Hanis Zalikha, Maria Elena, Yuyu Zulaikha or Lyssa Faizureen,, setakat ni bpe ratus jer followers aku,,THANKS to all my followers,,u ols are really awesome!

Blogger2 yang aku kenal sumenye baik2 dan peramah,,thanks korang~

Dan azam 2013 ni nak cuba untuk tulis sesuatu yang lebih berkualiti untuk para pembaca yang begitu dahagakan bacaan dari blogger yang tak seberapa nih,,huhuhu :')

Okeylah,,penat aku menulis merepek,merapu,meraban tahap gaban ditambah pulak dengan line internet yang asyik problem nih,, tapi demi si buah hati tercinta ni,,ku gigihkan jugak jari jemari ni menulis demi anniversary kitorang,,
HEHEHE,,

daa~

p/s: sentiasa sabar dalam menghadapi apa jua dugaan dari-Nya






Kenapa ngan Perempuan nih???

Bismillahirrahmanirrahim and Assalamualaikum peeps! ^o^ *muka semangat bukan main lagi ditambah dengan perasaan eksaited aku* hahaha

*iklan seketika* hehehe

Haaa,, mesti pelik ngan tajuk entri yang kat atas tu kan?? Tadi nak tulis tajuk yang berbunyi "Apakehal dengan betina ni??" tapi disebabkan makhluk ini di jadikan daripada benih seorang manusia maka secara automatically menjadi perempuan!! ahaha *tak senonoh betul!!*

Apa kejadahnye dengan tajuk diatas?? Siapakah perempuan itu?? Milik siapakah gadis itu?? Ohh,,banyaknyer persoalan,,sabarlahh,,

Okay,,mari kita persembahkan perempuan itu,,ehhh,,gadis itu,,!!!!
Kasi trolllllll sikitttt~
trrrrrrrrrrrrrrr *cmni ke bunyi dia?ahaha whateverlah* :P

OrAiT peepsss,, gadis itu ialah ......
jeng jeng jeng......



*ehhh,,muka kau lagi!!*

haaaa!!! Inilah gadis yang dimaksudkan,,nama diberi Siti Syakirah Bt Mohd Sidin yang dilahirkan pada 3 Syawal entah berapa hijrah bersamaan dengan 16 Mac 1994,,masih muda lagi,,yang kini sedang menuntut di UTeM (Universiti Teknikal Malaysia MELAKA) bukannya UiTM tuh ea,,diulang sekali lagi BUKAN UiTM!!!TAPI UTeM,, mengambil jurusan Diploma Kejuruteraan Elektrik dimana beliau tidak pernah bermimpi dan berangan untuk bermain dengan current and voltan yang menggila tu sume,,TIDAK PERNAH SAMA SEKALI TERFIKIR MAHUPUN BERMIMPI!! *sesatlah tu* -,-"
kini masih lagi dalam semester 2..
Asalnya mahu menjadi seorang pharmacist,,tapi apakan daya , chemistry dan biology beliau tidak suka beliau menjadi pharmacist kerana dengki dengan kepandaian beliau dalam 2 sujek tu,,akibatnye,,semua subjek berkaitan Electrical Engineering beliau pulun A kesemuanya dalam SPM,, *alahaiii,,cakap jelah yang SPM kau dapat 8A jerr,,haihhh ^oo^*

Beliau merupakan gadis pilihan si jejaka yang tampan lagi rupawan iaitu Amar Asyraf!!!!!

*bukan yang Superman tu ea,,yang sebelah dia tuh,,kalau nak Superman tu,,dipersilakan amik!!!hehehe*

Deyyyy,,berangan betullah minah ni,,gadis ini betul2 terpengaruh dengan lakonan Amar Asyraf dalam drama Setia Hujung Nyawa dan pelbagai lagi lakonan si Amar nihh,,huhuhuhu,,
Dan sebenarnye,, beliau nih sangat mengimpikan Mr Right yang seperti lakonan Amar dalam drama tuh..hahaha *sengal nye perempuan nih*
Kepada Amar Asyraf ,,jika anda sedang membaca belog ini sila maafkan gadis ini ea,, :P

Buat masa sekarang,dalam kelas beliau seorang yang kurang bercakap dengan lelaki,,hanya lelaki2 yang tertentu jer yang dia akan bercakap,,dia akan bercakap dengan orang yang tegur ngan dia jer,,kalau tak tegur tu,,maaflah,,bukannya sombong tapi tak mahu berlebihan,, tapi bila dah kenal dengan seseorang tuh,,dia okey jer,,tak SOMBONG pun Okey!!!

Ramai kawan2 beliau menyatakan pendapat dan perasaan terbuku yang beliau ini seorang yang lawak dan kelakar *puih,,puih,,puih* serta pelik! Apa yang pelik entahlah,,tapi ramai yang beranggapan sebegitu,, Beliau ni juga BAIK HATI sebenarnye,,hehehe :D
Haaa,,pelik la kot sebab dia nih pakai syampu rambut Baby Johnson!!
 * bau dia wangi sangatttt *
menurut beliau syampu Rejoice,Pantene,Head n shoulder ,and Sunsilk hanya membuatkan rambut beliau bertambah rosak dan akhirnya beliau mengambil keputusan menggunakan syampu kanak2 ni,,dan ternyata ianya sangat BERKESAN!! CUBALAH!!

Ketinggian beliau juga sering dipersoalkan,,entah kenapa jadi kemetot tak tinggi2,,takpelah,,bagi beliau itu satu anugerah yang tak ternilai,dan sudah semestinya beliau mempunyai kawan yang lebih tinggi dari beliau,,,,hahaha,,pernah suatu hari pada tahun 2012,,beliau pergi cybercafe bersama adik sepupu beliau yang dalam darjah 6,,lalu makcik cybercafe tu pun bertanya kepada beliau,,"darjah 6 jugak ea dik,,ambik UPSR ea tahun ni??" 
Aiyoyo,,makcik ni,,orang tuh dah masuk U da punggg!!!
Satu lagi kejadian ialah pergi ke PC fair bersama kawan dan ditahan oleh seorang abang Celcom yang ingin mempromote WiFi Celcom,,lalu abang tu pun bertanyakan kepada beliau,,"adik ni baru Form 3 ea?" dan tidak semena2 beliau mengeluarkan IC beliau dan menunjukkan bukti kepada abang itu!!! Kejadian yang sama berlaku dengan abang Maxis,,
Aiyoyo abang2 hensem sekalian,,janganlah camtu sekali,,HEHEHE
Kejadian yang tak diingini juga berlaku semasa menaiki teksi untuk pergi ke Zoo Melaka bersama seorang kawan lalu pakcik teksi itu bertanya kepada kawannya,,"NAK BAWAK ADIK PERGI ZOO KE??"
lalu beliau ketawa HA-HA-HA-HA,, 
sampaikan beli tiket wayang dapat harga tiket kanak2 gitu,,,
nampak tak kecomelan gadis ni sebenarnya,,hehehe

* yang kecik dan berbaju biru itulah gadis comel tu*

Aduhhh,,tak boleh bla betul!!
Lagipun perangai dia ni macam budak2,, *mak dia sendiri pun selalu cakap camtu*

Gambar terbaik beliau yang terbaik dari kandang!!! *eh,,kandang ke ladang??*


*no edit okay,,natural beauty* 


*maaf,,gigi beliau tidak secantik gigi anda semua kerana beliau pernah jatuh dari kerusi akibat ditolak oleh orang yang tidak bermoral sehinggakan gigi beliau tumbuh mancung sebatang dihadapan!!* :'(

Tapi tak mengapa,,beliau mempunyai dimple di sebelah pipi kanan beliau,,hehehe ^_^
dan tidak mahu memakai braces kerana emaknya cakap tu lah kelebihan anak emak yang sorang ni,,,heeheheheee,,so sweet,,

okaylah,,sume cerita berkaitan gadis ni adalah AKU,,this is what I am,,
hehehe,,sajer je wat cerita pasal diri sendiri ,,sebab dah bosan sangat cuti nihh,,

p/s: minggu depan quizes and tests bakal menghantui diri ini,,korang,,doakan kejayaan diri ini okey,,
p/s: maafkan diri ini dengan penggunaan kata beliau,,
okey
daaaa :)

THANKS FOR READING :)











Thursday 3 January 2013

heppy new year 2013!

Bismillahirrahmanirrahim and Assalamualaikum to all readers :)

woah~ dah lama rasanya tak update belog kesayangan nihh,,dah berhabuk , berdebu setebal entah berapa inci entah,,hahaha
bukannya malas nak tulis cam2 cerita tapi terlalu busy dengan study..

sebelum terlambat, ak nak ucapkan HAPPY NEW YEAR wat korang sume walaupun hari ni hari ketiga dalam bulan Januari,,hahahaha

Tahun baru nih mesti sume benda nak baru kn?? lagi2 kalau budak sekolah,,baju , kasut, beg, alatulis sume benda nak baru,,macam aku dulu lah time skolah,,hahaha,

tapi tahun ni benda baru yang aku ada ialah dapat laptop baru!!( Goodbye DELL, and welcome ASUS :)) hehehe,,terpaksa jugak mengorbankan VAIO!! ALAHAIII!!!! :'(

azam korang ape??
azam aku tahun nih yang merupakan azam utk sem ke 2 ni jugak ialah nak dapat pointer yg lebih baik dari sem sebelumnye nihh,,

apa2 pun azam korang,,harap korang dapat merealisasikannye,, wehuuu!!!

macam takde benda lagi nak tulis nihh,,
okey laa,,
daa
:)