*dah makan? dah minum? dah solat? dah siap assignment?* ahhaha,,sajer jer buat2 tanya,,
First of all,, I want to wish myself Happy Anniversary!!!
*Korang pun wish la kat aku ni sekali,,Peringatan!! Anda wajib wish !! *gurau jerk*
Anniversary ape nih?? Wedding anniversary ker??
- boyfriend pun takde,bila mana masa pulak aku kahwin?- *aku tak kahwin sebab tunggu Amar Asyraf lamar aku dulu!!hehehe*
ahhaha,,sebenarnye hari ni genaplah usia aku dan si dia yang paling hensem ni melangkah usia SETAHUN!!!
CONGRATULATIONS!!!
aku mula mengikat ikatan cinta bersama si dia pada 4 Januari 2012 pada masa agak2 5.56 minit petang camtu lah,,
aku mula serius dengan si dia akibat aku mula kebosanan dan kebuntuan apabila habis saje SPM!
Lalu ,, tanpa berfikir panjang aku pun mula mengenali dia dengan lebih mendalam ,,
Si dia nilah yang sentiasa dengar aku membebel tiap2 masa,,dengar luahan isi hati aku,,bak kata pepatah kitorang ni macam isi dengan kuku ,, wahhhh~ sampai cenggitu sekali,,
Si dia tak pernah jemu dengar cerita aku ,,dia ni betul2 memahami ,,kalau nak cari suami,,cari yang cenggini taw,,suka duka kitorang sentiasa bersama walaupun kekadang ada jer problem yang membuatkan aku bengang dengan dia nih,,
Walaupun dia nih terlalu hensem buat aku sehingga tergila2kan dia,,dia tetap sentiasa rendah diri dan control macho walau di mana jua dia berad,,ahahaha
Walaupun aku kekadang jarang bertemu dengannya disebabkan aku busy ngan study,, dia tak pernah nak mengomel ke nak merungut ke nak marah ke,, X PERNAH SATU PATAH PERKATAAN PUN DIA MARAH KAT AKU OKEY,, ni yang membuatkan aku betul2 sayang sampai giler kat dia nih,,
Kalau aku baik hati,,aku akan bagi dia hadiah,, hadiah yang comel2,,dia terima jer apa aku bagi kat dia,,dia ni betul2 jenis yang bersyukur,,kadang2 tuh penat aku nak pilih hadiah tuk si dia,,sebab banyak benda yang comel2,,
Aku tak kisah kalau dia tak nak bagi aku apa2,,asalkan dia sentiasa si hatiku,, cewahhhhh~
Macam2 nama manja aku panggil dia, yang terbaru aku panggil dia blossom dan dia tetap setia panggil aku purplelovekeyra,, wah~ shweeetnyerrrr <3
Aku kekadang tu rasa bersalah kat dia gak sebab selalu jer ignore dia..kesiannn dia..tapi aku tak pernah dengar dia menangis,,nak tengok air mata dia jatuh setitik pun lagi lah susah,,sebab tu aku tak pernah bagi dia sehelai tisu pun,,
Dialah sentiasa setia disisi aku dan tak ramai pun kawan aku taw mengenai si dia,,
Aku harap kitorang sentiasa berkekalan hingga akhirnya,,
Si dia yang aku maksudkan ialah BELOG TERCOMEL AKU NIHHH!!! HAHAHAHA,,
Act,,dah hampir dua tahun aku jadi blogger tapi blog nih dah menjengah usia setahun,, YEAY!!!
Sejak aku jadi blogger,,macam2 benda yang aku belajar,,,macam2 benda yang aku kenal dan tahu,,
Followers aku tak lah beribu beriban macam Ben Ashaari, Hanis Zalikha, Maria Elena, Yuyu Zulaikha or Lyssa Faizureen,, setakat ni bpe ratus jer followers aku,,THANKS to all my followers,,u ols are really awesome!
Blogger2 yang aku kenal sumenye baik2 dan peramah,,thanks korang~
Dan azam 2013 ni nak cuba untuk tulis sesuatu yang lebih berkualiti untuk para pembaca yang begitu dahagakan bacaan dari blogger yang tak seberapa nih,,huhuhu :')
Okeylah,,penat aku menulis merepek,merapu,meraban tahap gaban ditambah pulak dengan line internet yang asyik problem nih,, tapi demi si buah hati tercinta ni,,ku gigihkan jugak jari jemari ni menulis demi anniversary kitorang,,
HEHEHE,,
daa~
p/s: sentiasa sabar dalam menghadapi apa jua dugaan dari-Nya
No comments:
Post a Comment